MEMBINA DAN
MENGGUNAKAN TAPAK DAN LAMAN WEB PEMBELAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
MELAYU
· Prosedur
pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu
· Prosedur
pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
. Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web Bahasa Melayu
PROSEDUR PEMBINAAN TAPAK
PEMBELAJARAN BAGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Garis Panduan Pembinaan Tapak Pembelajaran
- Menurut Ramli Kamaruddin (2001) telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu ada dalam sesebuah tapak pembelajaran Terdapat beberapa garis panduan yang harus terdapat dalam sesebuah tapak laman pembelajaran. Antaranya ialah
BIL
|
PERKARA
|
HURAIAN
|
1
|
Reka bentuk paparan skrin
|
Haruslah yang menarik, mudah
|
2
|
Grafik
|
Susun atur paparan skrin:
(i) Seimbang : kedudukan teks
(ii) Kemas :
susun letak paparan skrin dalam keadaan kemas, bersih
(iii) Konsisten: teks dan
grafik perlu pada setiap paparan.
|
3
|
Font atau muka taip
|
· Standard yang terdapat dalam semua komputer ialah
Arial dan Times New Roman.
· Saiz tajuk pula harus sesuai menggunakan fon yang
mudah untuk dibaca.
· Fon yang sesuai untuk isi kandungan pula pada saiz
10-12.
· Bagi penggunaan warna fon pula harus berlainan
seperti:
- Ketebalan
- Italic
- Bergaris
- Warna dan saiz fon berlainan.
- Huruf berkedip : sesuai untuk tarik perhatian
pembaca pada sesuatu tempat.
|
Ikon
|
Reka bentuk yang sesuai dengan topik
Pilihan warna yang sesuai pada ikon (ambilkira latar
belakang)
|
|
Pautan hyperteks
|
· Terdiri daripada cebisan teks dan maklumat dalam
bentuk grafik atau video.
· Maklumat disambung antara satu sama lain melalui
pautan yang hasilnya tidak berbentuk linear iaitu tidak ikut urutan
|
|
Format gambar
|
· Bagi memudahkan memuat turun gambar di dalam tapak
pembelajaran ialah menggunakan format seperti:
- JPEG (* .jpeg)
- GIF (* .gif)
· Melalui
format ini fail yang terhasil lebih kecil saiznya supaya lebih
mampat untuk lebih pantas dimuat turun.
· Tidak
digalakkan menggunakan(bmp),(.tga), (.tif), (.pch) keran
saiznya yang besar.
|
|
Format fail gambar
|
Tidak digalakkan menggunakan fail gambar bersaiz
lebih dari 100kb.
|
|
Animasi
|
· Satu siri gambar yang disusun atau ditayangkan satu
per satu dengan begitu cepat sehingga kelihatan sperti satu gerakan.
· Animasi multimedia lebih kompleks
· Hanya digunakan pada paparan yang sesuai
· Penggunaan SWF ( Macromedia Flash ) digalakkan
kerana saiz yang lebih kecil.
|
PROSEDUR PEMBINAAN LAMAN
WEB PEMBELAJARAN BAGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
- Membina laman web tapak pembelajaran memerlukan perancangan. Pembinaan laman web perlu dirancang terlebih dahulu.
- Bagi pembinaan laman web tapak pembelajaran P&P bahasa Melayu ini berkaitan dengan laman web pendidikan yang sememangnya membantu dalam proses P&P Bahasa Melayu. Oleh itu, terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti untuk pembinaan tapak pembelajaran ini.
LANGKAH
|
PENERANGAN
|
CONTOH
|
Langkah
Pertama
|
Langkah pertama anda hendaklah
mendapatkan tapak atau web untuk membina laman. Tapak laman percuma banyak
didapati dan anda boleh memilih mana-mana tapak yang anda suka atau inginkan.
|
|
Langkah kedua
|
Setelah memperolehi tapak
laman, anda perlukan tutorial HTML bagi membuat laman atau homepagedengan
menggunakan tag HTML. Penguasaan kaedah HTML akan memberikan lebih daya
kreativiti pada laman anda. Terdapat banyak tutorial di dalam internet yang
boleh dipilih.
|
Web Design Group
|
Langkah
ketiga
|
Warna adalah satu keperluan dan
menjadi pemancar ilham kepada para pengunjung untuk menikmati laman anda.
Warna dalam laman menggunakan kod tersendiri. Untuk memudahkan anda memilih
warna sama ada untuk latar belakang, jadual, frame dan sebagaiya.
|
|
Langkah
keempat
|
Laman anda memerlukan beberapa
sisipan tambahan seperti CGI, dan Jaya Scripts – Counter (pembilang),
Guestbooks (buku pelawat), mail to form dan sebagainya.
|
|
Langkah
kelima
|
Tidak lengkap jika laman yang
dibina tidak dimasukkan latar belakang.
|
|
Langkah
Keenam
|
Apabila anda berjaya menyiapkan
laman anda, langkah seterusnya anda lakukan ialah mengiklankan laman ke semua
enjin pencari. Tujuannya supaya laman (homepage) anda mudah ditemui oleh
pengguna enjin pencari dan seterusnya melawat laman anda.
|
No comments:
Post a Comment