MINGGU 1

Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
Menggunakan web, video, audio, dan imej
Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran
bahasa Melayu.
Menyimpan bahan dalam bentuk fail Internet dan katalog.

1. Menggunakan Laman Web
Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain. Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.
Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi. Contoh alamat pembekal maklumat internet:
Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search. Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet. Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com.
Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet. Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang diperlukan.
Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Guru perlu mengambil kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan yang diperoleh daripada internet.
Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik. Simpan semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1. Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio, video, grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan

2. Menggunakan Kata Kunci, Frasa Yang Sesuai Untuk Mendapatkan   Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari. Sila lihat contoh di bawah. Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut. Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak. Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.
Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran. Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.
Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.

3. Menyimpan Bahan Dalam Bentuk Fail Internet Dan Katalog Internet
Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.
3.1 Alamat Internet
Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.
Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.
Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.
3.2 Menyimpan Bahan Dalam Bentuk Fail Internet Dan Katalog Internet
Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.


ALAMAT INTERNET (URL)

KATALOG INTERNET
TAJUK
Laman Web Rasmi IPG Kampus Keningau
URL
SINOPSIS
Laman web utama dan rasmi bagi Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau. Terdapat pelbagai maklumat semasa mengenai IPG Kampus Keningau.

TAJUK
Kemahiran Generik
URL
SINOPSIS
Memberikan beberapa contoh kemahiran yang tergolong dalam kemahiran generik seperti kemahiran TMK, kemahiran mentafsir dan menilai, kemahiran belajar, kemahiran berfikir serta kemahiran pemudahcaraan.

TAJUK
Pembelajaran Masteri
URL
SINOPSIS
Pembelajaran Masteri ini adalah suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan murid menguasai sesuatu  Hasil Pembelajaran  yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. 

TAJUK
Asal-Usul Bahasa Melayu
URL
SINOPSIS
Asal-usul Bahasa Melayu dihuraikan bermula dari peringkat kuno hingga moden.
TAJUK
Dunia Ceria Kami
URL
SINOPSIS
Beberapa contoh aktiviti pengajaran kemahiran berbahasa pada peringkat pra-sekolah.

TAJUK
Pra Sekolah Seri Pagi
URL
SINOPSIS
Memberikan beberapa contoh aktiviti meneka bunyi haiwan sebagai aktiviti pembelajaran kemahiran berbahasa.

TAJUK
Tatabahasa Bahasa Melayu
URL
SINOPSIS
Menerangkan aspek-aspek tatabahasa Bahasa Melayu seperti Golongan Kata, Pengimbuhan, Pengandaan, Ayat dan Rampai Bahasa.

TAJUK
Komponen Sastera Dalam Pendidikan Dalam Bahasa Melayu (KOMSAS)
URL
SINOPSIS
Menerangkan pengenalan kepada KOMSAS dan kepentingan komponen sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu.

TAJUK
Bunyi Vokal
URL
SINOPSIS
Huraian mengenai bunyi vokal.

TAJUK
Objek Pembelajaran
URL
SINOPSIS
Menyediakan beberapa contoh aktiviti pembelajaran yang sesuai dalam menguasai kemahiran berbahasa. Contohnya aktiviti melakar di permukaan pasir dan memadankan abjad.

TAJUK
Membentuk Kemahiran Membaca Kanak-Kanak
URL
SINOPSIS
Menghuraikan mengenai peringkat awal penguasaan kemahiran membaca kanak-kanak.

TAJUK
Kemahiran Menulis
URL
SINOPSIS
Peringkat-peringkat dalam penguasaan kemahiran menulis iaitu peringkat pramenulis, peringkat mendirikan asas (mekanis) dan peringkat untuk pelahiran.

TAJUK
Khasiat Buah-Buahan
URL
SINOPSIS
Kebaikan buah-buahan kepada kesihatan.

TAJUK
Pelancongan
URL
SINOPSIS
Salah satu lokasi pelancongan menarik di Sabah iaitu kawasan pendalaman Pekan Pensiangan.

TAJUK
Sintaksis
URL
SINOPSIS
Pengenalan sintaksis.



No comments:

Post a Comment