PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Memilih Bahan Sastera
Memilih Bahan Tatabahasa
Memilih Bahan Bidang Ilmu
Lain
Bahan
pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada
buku-buku teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang
merupakan salah satu sumber yang besar dalam meyumbangkan bahan-bahan
pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan bahan-bahan daripada negeri
dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan bantu mengajar untuk kita
gunakan dalam proses P&P terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Berdasarkan
aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari
internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik
darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu
dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu
dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses
pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan
negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan
pembelajaran.
MEMILIH BAHAN SASTERA
Bahan sastera merupakan
bahan yang berkaitan dengan kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri
berbanding bahan yang lain. Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya
sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan
tertentu. Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti.
PEMILIHAN BAHAN TATABAHASA
Tatabahasa
merupakan ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata
dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat
yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan
yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa
yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali
selepas pembelajaran dalam kelas murid-murid akan diberi latihan tatabahasa.
Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus melihat
juga isi kandungan tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan
kaitannya dengan sukatan pelajaran serta RPH. Berikut merupakan jenis-jenis
tatabahasa
Jenis-jenis tatabahasa
Kata nama
Kata Hubung
Kata kerja
Kata sendi nama
Kata nama khas
No comments:
Post a Comment